Rabu, 26 Ogos 2015

SET IMMUNE BOOSTER

SISTEM IMUN TUBUH

Apa tu?
Di dalam badan anda ada mekanisme perlindungan menakjubkan dipanggil sistem imun. Ia direka untuk mempertahankan anda terhadap berjuta-juta bakteria , mikrob , virus, toksin dan parasit yang akan suka untuk menyerang badan anda.



Setiap hari, tubuh sering terdedah kepada serangan bakteria, kuman dan virus memerbahaya yang akan mengancam sistem imun kita.  Amat penting untuk kita memastikan tubuh sentiasa bersedia dengan serangan penyakit terutama penyakit memerbahaya yang boleh membawa maut.

Contoh biasa

1. Demam/selsema : penyakit yang paling mudah dan kerap terjadi pada seseorang yang lemah imun tubuh. Jika pesakit mempunyai imun yang tinggi, demam/selsema hanya mengambil masa sekejap sahaja untuk sembuh. Jika tidak, pesakit mungkin mengalami gejala yang lebih teruk dan mengakibatkan keradangan yang serius dan mengambil masa untuk sembuh.

2. Cirit birit/keracunan makanan : setiap manusia mempunyai sistem imun yang tidak sama tindakbalas. Ada yang cepat dan ada yang perlahan. Jika kita mempunyai imun yang lemah, kita bakal menghadapi masalah yang lebih serius berbanding dengan orang yang terkena penyakit yang sama. Mungkin akan mengakibatkan kematian jika sistem imun gagal berfungsi dengan sempurna.

Tahu tak?
Udara yang kita sedut setiap hari mengandungi bakteria, kuman & virus yang tidak kelihatan. Lebih-lebih lagi jika kita tinggal di kawasan perindustrian/perkilangan. Jika sistem imun kita tidak bersedia untuk bertindak menghalang kemasukkan bendasing tersebut, lebih mudah untuk kita jatuh sakit.

Belum lagi di dalam persekitaran rumah. Habuk pun penuh dengan kuman-kuman merbahaya yang mungkin kita tidak jangka. Kalau anda nak tahu tempat paling banyak kuman adalah span pencuci pinggan. Dah tentu span tu digunakan untuk mencuci kotoran. lepas tu, terbiar sahaja. esok lusa, pakai lagi span tu. Memang sah, span tu tempat pengumpulan bendasing.

Kadang kala, sistem imun kita mengerang sistem tubuh kita sendiri (autoimun). Ianya terjadi bila, sistem imun tersalah tafsir isyarat yang dihantar oleh tubuh. Contoh penyakit adalah seperti SLE dan artritis rematoid. Bila inya berlaku, tubuh kita akan menjadi semakin lemah dan keradangan yang serius.

Istilah 'sakit'?
Bila seseorang itu dikatakan 'sakit'?. Betul ke dia 'sakit'? Faktor apa yang mengebabkan dia 'sakit'.

Kekurangan mineral/vitamin
- Nak memastikan tubuh sentiasa sihat, kita harus memastikan tubuh mendapat bekalan nutrisi harian terlebih sahulu.
# Kurang kalsium : kita akan mengalami lenguh-lenguh sendi dan sakit belakang.
# Kurang vitamin C : kita akan mudah selsema atau mengalami gusi berdarah
# Kurang zat besi : mudah untuk mendapat anemia terutama perempuan hamil

Degradasi organ
- Organ yang telah rosak atau tidak boleh berfungsi sepenuhnya. 
# Penyakit hati : toksid berlebihan di dalam tubuh atau pengambilan alkohol secara berlebihan
# Penyakit diabetis : kandungan gula yang tidak terkawal dalam darah
# Penyakit buah pinggang : tabiat pemakanan tidak sihat/seimbang

Genetik
- Penyakit akibat genetik apabila terdapat kekurangan enzim yng diperlukan oleh tubuh
# Albino : kekurangan enzin untuk memberi warna pada kulit
# Albinism : kekurangan enzim yang dipanggil tyrosinase yang menyebabkan seseorang sensitif kepada cahaya UV.

Kanser
- Penyakit akibat sel-sel bertindak luar biasa, membesar dan membiak melebihi had biasa dan keupayaan
# Kanser kulit : pendedahan kepada cahaya UV secara berlebihan dalam jangka masa yg lama
# Kanser paru-paru : perokok tegar (asap rokok)  menyebabkan perubahan kecil pada selaput tisu pada bronkus di paru-paru 

Jangkitan virus/bakteria
# Keradangan tekak : bakteria tekak strep ( Streptococcus ) mengeluarkan toksin yang mengebabkan tekak menjadi perit
Virus polio : membebaskan toksin yang memusnahkan sel-sel saraf yang boleh mengakibatkan lumpuh

Bagaimana nak tingkatkan sistem imun?
# Mengamalkan gaya hidup yang sihat
# Bersenam
# Tidak merokok
# Makan makanan yang seimbang
# Mengekalkan berat badan ideal
# Elak minuman beralkohol
# Tidur yang berkualiti
# Membuat ujian saringan kesihatan yang kerap
# Sokongan suppliment seperti vitamin ACE, Selenium, garlic, zinc

Nutrisi yang baik penting dalam menentukan kekuatan sistem imun. Shaklee menawarkan suppliment untuk menguatkan sistem imun anda dan perlindungan yang lebih baik.

Kebaikan :

- Menguatkan sistem imun
- Membantu melawan demam/selsema biasa
- Menentang kerosakan akibat radikal bebas


sms/wassup : taip IMUN BOOSTER ke 017 8355030
atau
pembelian terus secara on9 (kad debit/mastercard diperlukan)
klik link ini : http://bitly.com/imun_booster

Rujukan : http://health.howstuffworks.com/
http://amazingdata.com/
http://www.kesihatan.biz/
http://ms.wikipedia.org/
http://www.health.harvard.edu/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan