Selasa, 2 Jun 2015

SINDROM BAYI TERGONCANG

Saya dapat pemplet ni dari klinik kesihatan. Staff mereka buat ceramah kesihatan dalam base ni hujung minggu lalu. Pemplet pertama yang menarik perhatian saya. 

Saya tertarik sebab situasi bayi yang kerap menangis ni, lebih kurang macam anak saya je. Memang kuat menangis. Orang cakap, kena sawan nangis. Menangis tanpa sebab tak henti-henti. Pakai baju menangis, nak tidur menangis, bangun dari tidur menangis. Memang susah hati betul la nak jaga mereka. Tipu la, kalau saya cakap tak tension bila dengar anak-anak nangis saban hari. Nak buat kerja apa pun tak boleh. Eh .. panjang lebar plak dah. jom masuk terus ke topik ye. hihihi

SINDROM BAYI TERGONCANG
Merupakan kecederaan otak yang berlaku akibat bayi digoncang dengan kuat. Kecederaan otak yang dialami bukan sahaja menghasilkan impak jangka panjang yang mendatangkan kecacatan kepada bayi malah ianya boleh membunuh bayi tersebut.



BENARKAH .. MENGGONCANG BAYI BOLEH MEMBUNUH?
-  Otot leher bayi belum berkembang dengan baik dan tidak berupaya untuk menyokong kepala bayi yang agak besar di mana beratnya adalah 25% daripada berat badan bayi.
- Otak bayi pula, bersaiz jauh lebih kecil berbanding tengkoraknya, salur darah dan tisu otak bayi masih lembut dan rapuh.
- Perbuatan menggoncang boleh menyebabkan kepala bayi terhayun tanpa kawalan dan mampu membuatkan otak bayi bergoyang dengan kuat di dalam ruang tengkorak.
- Pergerakan yang kuat boleh menyebabkan salur-salur darah dan tisu di dalam kepala bayi terkoyak dan menyebabkan pendarahan.
Kecederaan ini bertambah teruk sekiranya goncangan bayi diikuti dengan pergerakan hentakan tubuh bayi ( ke dinding/atas tilam)





KESAN AWAL AKIBAT PENDARAHAN/KECEDERAAN OTAK
- Bayi mudah meradang (irritable)
- Sawan
- Kaki dan tangan mengalami kekejangan
- Bayi tidak bermaya dan kurang bertindakbalas
- Tahap kesedaran bayi menurun
- Muntah dan tidak mahu makan
- Pendarahan yang teruk boleh menyebabkan kematian ( nafas terhenti/jantung berhenti berdenyut)

KESAN JANGKA PANJANG (AKIBAT KEROSAKAN OTAK)
- Masalah pembelajaran (lembab)
- Lumpuh
- Masalah penglihatan/buta
- Masalah pendengaran
- Terencat akal (cerebral paisy)
- Malah tingkahlaku
- Sawan berterusan
- Kematian di usia muda



UMUR BERISIKO MENGALAMI SINDROM BAYI TERGONCANG
- Bayi berumur bawah 1 tahun merupakan golongan yang berisiko tinggi terdedah kepada sindrom ini.
- Terdapat juga, kes yang berlaku di kalangan kanak-kanak 1-4 tahun

BAGAIMANA IANYA BOLEH BERLAKU
- anak kerap menangis tanpa henti/tanpa sebab
- Penjaga mudah stress semasa penjagaan anak tersebut (ibu/bapa/pengasuh anak)
- Penjaga hilang timbangan dah bertindak di luar batasan



CARA UNTUK MENGATASI
- Memastikan bayi tidak lapar dan dalam keadaan yang selesa 
- Keadaan bayi yang sihat
- Mendukung/menghayun secara perlahan-lahan
- Menggunakan permainan yang boleh menarik perhatian bayi
- Membawa bayi bersiar-siar
- Mendakap bayi untuk memenangkannya
- Kawal perasaan bila berhadapan dengan bayi
- Jika bayi masih lagi menangis, biarkan sahaja di atas katil. Anda bertindak mengasingkan diri untuk bertenang. periksa semula bayi selepas 5 minit berlalu
- Bawa bayi berjumpa doktor untuk mengetahui keadaan sebenar



SAYANGI ANAK ANDA .. DIA ADALAH PERMATA YANG TAK TERNILAI HARGANYA

Rujukan :
Kementerian kesihatan Malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan