Khamis, 4 Jun 2015

PEMAKANAN IBU HAMIL


Penting kepada ibu-ibu yang hamil untuk mengambil pemakanan yang seimbang lagi berkhasiat kerana sumebr makanan yang ibu makan akan menentukan pembentukan janin atau bayi yang sihat. Ikuti beberapa jenis makanan yang dapat memberikan kekuatan dan kebaikkan buat ibu dan bayi dalam kandungan.

Buah dan sayur

Sasarkan untuk makan lima hidangan sehari sama ada sebagai snek, jus atau salad.

Makanan berkanji

Makan sama ada roti, nasi, pasta atau ubi kentang tetapi lebih baik banyakkan bijirin penuh

Makanan berprotein tinggi

Selain daripada daging, ayam, telur, anda perlu makan ikan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu

Makanan berkalsium tinggi

Jika tidak gemarkan susu, gantikannya dengan keju ataupun yougurt

Makanan berserat tinggi

Jadikan sayur, buah, bijirin dan kekacang sebagai makanan kegemaran kerana makanan itu boleh mengelakkan sembelit. 

Rujukan :
Oleh:Imah Mingguan Wanita
http://mingguanwanita.karangkraf.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan