Memaparkan catatan dengan label coq health plus. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label coq health plus. Papar semua catatan

Jumaat, 4 September 2015

ORANG-MUDA-DISERANG- SAKIT-JANTUNG


PUTRAJAYA 22 Feb. - Lebih ramai golongan muda yang berumur lingkungan 20-an kini dikesan menghidap penyakit jantung berikutan amalan pemakanan dan gaya hidup tidak sihat.

Ketua Pengarah Institut Jantung Negara (IJN), Tan Sri Dr. Robaayah Zambahari berkata, gaya hidup masa kini yang semakin sibuk dan kurang melakukan senaman menyebabkan penyakit pembunuh senyap nombor satu dalam negara itu menyerang golongan muda.

Beliau berkata, mengikut data pendaftaran nasional kardiovaskular pula hampir separuh kes kemasukan ke hospital yang melibatkan individu berumur 40 hingga 60 tahun disebabkan masalah jantung.

"Kadar populasi pesakit jantung semakin muda dan dapat dikesan seawal umur 26 tahun bagaimanapun, golongan berumur antara 40 hingga 60 tahun paling banyak dikesan menghidap penyakit ini iaitu sebanyak 49 peratus daripada keseluruhan kes yang dirawat di hospital.

"Manakala data dari Kementerian Kesihatan pula menunjukkan hampir 25 peratus sebab utama kes kematian di hospital kerajaan adalah berpunca daripada penyakit kardiovaskular iaitu jantung dan pengedaran darah," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas program larian Run for Your Heart 2014 di Taman Wetland di sini hari ini.

Larian sejauh lapan kilometer itu yang bertemakan gaya hidup sihat dirasmikan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam dan turut dihadiri Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah.

Menurut Robaayah, bagi mencegah penyakit tersebut menyerang, orang ramai perlu mengamalkan gaya hidup sihat dengan bersenam dan mengelak daripada merokok.

Pada masa sama, katanya, langkah pencegahan juga boleh diambil dengan menjaga berat badan, memeriksa tekanan darah, mengawal kadar kolestrol dan kencing manis.

Sementara itu, mengulas program larian itu, beliau berkata, selain larian pihaknya juga menganjurkan pelbagai aktiviti lain seperti ujian saringan kesihatan percuma melibatkan ujian paras gula, tekanan darah, indeks jisim badan (BMI) dan ujian elektrokardiogram (ECG).



Oleh SHARAIMEI SHAIK AHMEDULLAH
pengarang@utusan.com.my

© Utusan Melayu (M) Bhd 

Khamis, 27 Ogos 2015

COQHEALTH PLUS


CoQHealth™ Plus mengandungi kesemua proprietari semulajadi daripada campuran 28mg CoQ10 dengan Vitamin E dan ekstrak Teh Hijau yang didatangkan di dalam kapsul bioketersediaan minyak kacang soya bagi memastikan potensi penguraian maksimum dan penyerapan yang lebih baik.

CoQ10 HEALTH PLUS

- Menyokong penghasilan tenaga bagi jantung
- Menggalak dan melindungi arteri sihat terhadap pengoksidaan LDL
- Meningkatkan peredaran darah
- Membantu menambah dan mengekalkan paras CoQ10 di dalam darah

LINDUNGI JANTUNG ANDA

- Penyakit jantung adalah salah satu punca utama kematian dunia
- Ia dapat dibentung dengan cara mengekalkan kesihatan paras kolestrol dalam darah dengan menukar cara hidup sihat : senaman, pengurusan diet seimbang

BAHAN UTAMA

Coenzim CoQ10
- Mampu merawat neuropati (kerosakan saraf) 
- Mengurangkan faktor-faktor pro-radang dalam sistem saraf periferal dan pusat
- Mampu nengawal berat badan
- Bagus dalam mengawal penyakit diabetis
- Enzim yang menjalankan pelbagai proses dalam tubuh badan : membantu mitokondria menghasilkan adenosina trifosfat (ATP), yang menyediakan sel-sel dengan tenaga
- Membantu merawat tekanan darah tinggi, meningkatkan kesihatan kognitif, melawan penyakit jantung dan kanser, menurunkan kolesterol yang tinggi dan melambatkan kesan penuaan.

Vitamin E
- Vitamin larut lemak
- Ingin menaikkan berat badan bayi pra-matang
- Mengelakkan pengerasan arteri, serangan jantung, sakit dada, sakit kaki kerana arteri disekat, dan tekanan darah tinggi
- Antioksidan dan mencegah kanser
- Mengubati gangguan lain yang melibatkan saraf dan otot
- Mencegah komplikasi dalam kehamilan lewat akibat tekanan darah tinggi (pre-eklampsia), sindrom prahaid (PMS), tempoh sakit dan sindrom menopaus
- Elak penuaan

Extrak teh hijau
- Memberi kesan kepada pemikiran dan kecerdasan, meningkatkan pengeluaran air kencing, dan boleh meningkatkan fungsi otak
- Mengurangkan berat badan 
- Merawat gangguan perut, muntah-muntah, cirit-birit, sakit kepala
- Kehilangan tulang (osteoporosis)
- Merawat kanser (antioksidan)
- Baik juga utk mengurangkan sakit penyakit jantung dan saluran darah, kencing manis, dan tekanan darah rendah
- Daun teh digunakan dalam salap untuk mengubati ketuat kemaluan
- Polyphenols yang terhasil dari teh hijau mungkin dapat mencegah keradangan dan bengkak, melindungi rawan antara tulang, dan mengurangkan kemerosotan sendi


Artikel menarik
1. Golongn muda diserang penyakit jantung
2. 10 thing boost your sex life
3. Kolestrol tinggi
4. Serangan sakit jantung

2. Video - Kegagalan fungsi jantung


* Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.