Memaparkan catatan dengan label strok. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label strok. Papar semua catatan

Rabu, 26 Ogos 2015

PHOTOCOL-ST

sms/wassup : taip PHYTOCOL ke 017 8355030
atau
pembelian terus secara on9 (kad debit/mastercard diperlukan)
klik link ini : http://bitly.com/phytocol_st

Phytocol_ST™

Dianggarkan bahawa satu daripada tiga orang dewasa di Malaysia mempunyai paras kolesterol yang tinggi. Paras kolesterol yang tinggi ialah salah satu faktor risiko utama penyakit jantung, dan antara cara terbaik untuk merendahkan risiko anda adalah dengan mengurangkan kolesterol keseluruhan serta kolesterol LDL (“tidak baik”). 

Kajian telah membuktikan bahawa bahan-bahan semula jadi yang dipanggil sterol dan stanol tumbuhan dalam pemakanan yang seimbang dapat membantu mengurangkan paras kolesterol LDL dengan ketara. Sterol dan stanol wujud secara semula jadi dalam tumbuhan-tumbuhan, buah-buahan, sayur-sayuran dan produk bijirin. 

Dengan struktur yang sama seperti kolesterol, sterol dan stanol akan bersaing dan mengalahkan kolesterol untuk penyerapan dalam usus. Oleh itu, ia dapat mengurangkan paras kolesterol dalam tubuh dengan berkesan.


Bertindak Secara Semula Jadi untuk Merendahkan Paras Kolesterol 

- Phytocol-ST™ ialah rumusan proprietari yang dapat menghalang penyerapan kolesterol oleh tubuh.

- Mengandungi bahan-bahan yang terbukti secara klinikal, dan disokong oleh lebih 80 kajian, berkesan untuk merendahkan paras kolesterol LDL secara semula jadi.

- Dirumus daripada campuran sterol & stanol yang kaya dengan manfaat kesihatan.

- Membekalkan 2,000 mg sterol & stanol tumbuhan setiap hari, mengikut saranan Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH).







Selasa, 2 Jun 2015

DUGAAN SEMASA HAMIL

Sejak isteri tercinta disahkan hamil, orang paling gembira adalah suami.  Lebih-lebih lagi, bila pasangan tersebut sudah lama menunggu.  Dari awal kehamilan, dijaga dengan elok agar isteri dan bakal anak yang masih berada dalam kandungan mendapat keperluan yang terbaik.    
Tetapi, ujian dari Allah itu tetap ada untuk setiap ibu hamil.  Paling sikit pun mengalami alahan seperti muntah, demam dan tak lalu menjamah makanan hingga seberat-berat dugaan, mungkin mengalami keguguran atau mendapat penyakit seperti kencing manis dan tekanan darah tinggi. 

Dalam ruangan ini, YUZI VITAMINS SHOP akan menekankan kepada penyakit ketika hamil yang amat perlu pemerhatian khusus.

BATUK & SELSEMA SEMASA HAMIL

Bila disahkan hamil, macam-macam ragam bakal ibu ni mengalami alahan. Yang pelik-pelik pun ada. hihi. Tapi bila bab alahan sampai demam, selsema dan batuk tu la yang paling berbisa. Sebab ape, badan super duper lemah tak bermaya, silap haribulan, terlantar berbaring je atas katil. 

Tanda-tanda awal sistem badan ditahap paling rendah :
1. Sakit tekak
2. Badan merasa seram sejuk (hampir-hampir demam)
3. bersin dengan kerap (hampir-hampir selsema)
4. Kerap batuk

Ala ... ibu hamil mana boleh makan ubat sebarangan kan. Hurmm ... macamana ye nak atasi bila kita dah tak tahan sangat menanggung sakit.  Makan ubat nanti, efek kat baby pulak. NNti bila baby lahir, takut ada masalah kesihatan kesan dari pengambilan ubat tersebut.

Insya Allah, ni tips saya & kawan-kawan semasa hamil. Bakal-bakal ibu boleh amalkan sepanjang kehamilan.

1. Wajib ambil air masak secukupnya. 8 gelas sehari. lebih lagi bagus. Mudahan, panas dalam badan tu menurun k

2. Banyakkan makan sayur dan buah-buahan segar. Cuba elakkan ambil minuman jus dalam kotak sbb minuman tersebut mengandungi kandungan gula yang tinggi.  Cuba blend buah-buahan buat jus shake.

3. Ambil suppliment 
- Multivitamin (Vitalea) : mengandungi vitamin dan mineral yang amat diperlukan oleh tubuh. Pengambilan secara konsisten, boleh meningkatkan sistem imun tubuh melawan penyakit secara semulajadi.
-   Vitamin C : Bersifat antioksidan dalam melawan penyakit.  Meningkatkan sistem imun tubuh untuk meredakan demam dan selsema. 
- Chewable vitamin C : Kalau yang rasa mual-mual nak muntah, boleh amalkan Chewable vitamin c. Rasanya agak masam-masam akan melegakan tekak ibu hamil
- Peppermint-ginger plus : Jika ibu hamil ada masalah badan berangin dan kerap muntah, boleh amalkan suppliment ini. Insya Allah, boleh meredakan muntah dan membuang angin.
- B complex : Baik untuk ibu hamil untuk bekalan darah yang mencukupi. Keperluan janin untuk berkembang dengan sempurna.

PENYAKIT KENCING MANIS/DEABETIS

Sesiapa sahaja ibu hamil harus mengambil berat keadaan diri dari masa ke semasa jika disahkan menghidap kencing manis semasa hamil.  Seawal 20 minggu kehamilan, ibu hamil wajib untuk mengambil ujian gula dalam darah (ogtt).

Ibu hamil terpaksa berpuasa seawal 10mlm sebelum ujian ogtt dilakukan keesokan paginya.  Di klinik, ujian darah diambil. Selepas itu, ibu hamil terpaksa meminum air gula. Selepas 2jam, ujian darah akan diambil sekali lagi. Darah yang telah diambil akan di uji di makmal untuk mengetahui paras gula dalam darah ibu.  

Bacaan normal sebelum minum air gula : 5.6mmol/liter
Bacaan normal selepas minum air gula : 7.8mmol/liter

Jika keputusan ogtt ibu hamil tersebut melebihi bacaan normal, ibu hamil dikehendaki berjumpa doktor untuk pemeriksaan lebih lanjut. 

Diabetis semasa hamil boleh mengakibatkan komplikasi buah pinggang, strok, mata buta, lemah jantung, luka sukar sembuh.  Bayi dalam rahim pula mungkin berisiko untuk cacat.  

Oleh itu, jika disahkan menghidap diabetis, ibu hamil tersebut akan diberi ubat tertentu/ suntikan insulin untuk mengawal paras gula dalam darah.  Jika masih tidak dapat dikawal, ibu hamil dipaksa untuk memasuki wad untuk kawalan dan pemantauan. 

Proses kelahiran juga harus diawalkan (38minggu). Ianya untuk mengelakkan komplikasi berlaku, iaitu kemungkinan bayi terlebih besar atau bayi meninggal dalam kandungan akibat plasenta tidak berfungsi.

Artikel menarik
1. anemia menyerang
2. Kecacatan tulang belakang : spina bifida
3. Bersenam semasa hamil
4. Pemakanan ibu hamil

Lampiran
http://drzubaidi.com/blog