Khamis, 23 Julai 2015

TEKNIK MENERAN

Adakah anda bakal menghampiri saat untuk melahirkan seorang bayi? Bagi yang telah mempunyai pengalaman mungkin tidak perlu risau lagi. Tetapi bagi mereka yang bakal melahirkan anak pertama pastinya perasaan berdebar kian menusuk jiwa. Sudahlah tidak tahu bagaimana sakitnya nanti dan bagaimana mahu mengawal keadaan meneran pada masa itu?


Berikut ada teknik yang anda boleh aplikasikan. Jadikan ini sebagai satu latihan teori agar anda boleh bersedia untuk berhadapan dengan situasi yang sebenar kelak.

  • Perkara pertama yang anda harus lakukan adalah dengan membayangkan keadaan seperti hendak membuang air besar.

  • Pastikan dagu dirapatkan ke dada dan anda berkeadaan sama seperti udang membengkok. Ketika ini belakang badan perlu menyentuh katil.

  • Fokus ke arah perut dan anda meneran dari abdomen ke bawah seperti diarahkan doktor dan jururawat.

  • Bila berlaku kontraksi, anda digalakkan mengambil nafas sebanyak dua hingga tiga kali.

  • Meneran haruslah dari bahagian abdomen ke punggung dan bukannya di muka.

  • Jangan sesekali mengangkat punggung kerana hal ini boleh menyebabkan koyak yang besar. Apabila bayi di tahap akhir pelahiran iaitu sebahagian kepala bayi mula kelihatan jangan meneran terlalu kuat.

  • Teran perlahan-lahan untuk mengelakkan koyak teruk.


Rujukan :
http://mingguanwanita.karangkraf.com/
Oleh:Imah Mingguan Wanita

Tiada ulasan:

Catat Ulasan