Memaparkan catatan dengan label kalsium. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kalsium. Papar semua catatan

Jumaat, 28 Ogos 2015

NAK TINGGI KENA AMBIL KALSIUM


Kalsium adalah mineral yang paling banyak dalam badan manusia. Purata lelaki yang sihat mempunyai kira-kira dua setengah hingga tiga paun kalsium manakala perempuan mempunyai kira-kira dua kilogram. 

Kira-kira 99 peratus daripada kalsium hadir dalam tulang dan gigi , 1% lagi terdapat pada sel-sel dan cecair badan. Walaupun fungsi yang paling penting kalsium melibatkan mengekalkan kesihatan tulang, peratusan kecil kalsium luar tulang digunakan untuk mengekalkan pelbagai fungsi badan yang penting . 

Susu dan produk tenusu adalah sumber utama kalsium diet bagi kebanyakan orang. Sumber lain yang baik adalah sayur-sayuran berdaun hijau gelap , brokoli, kekacang, kacang, dan bijirin penuh.



IBU HAMIL & PERKEMBANGAN JANIN
# Ibu hamil dan janin : 1200 mg/hari kalsium.

- Janin menggunakan sejumlah besar kalsium untuk pembentukan tulang terutama trimester terakhir kehamilan. Masa ini, pembentukan tulang amat pesat. 
- Keistimewaan wanita semasa hamil, badan wanita boleh menyerap sejumlah kalsium yang lebih tinggi daripada biasa. ini berlaku apabila estrogen tambahan diwujudkan semasa mengandung membantu mempertahankan tulang wanita. 
- Jika kalsium yg diperlukan oleh janin tidak mencukupi, janin akan menyerap kalsium daripada ibunya. Ini yang mengakibatkan kadang kala ibu hamil mengalami kekejangan, sakit belakang dan lenguh-lenguh sendi.
- Kalsium juga membantu sistem peredaran darah, otot dan saraf untuk berfungsi secara normal .
Pengambilan kalsium dalam jumlah yang mencukupi semasa mengandung membantu wanita mengelakkan terjadinya pre-eclampsia. Jika ianya berlaku, ibu hamil kemingkinan besar senang mendapat tekanan darah tinggi dan menyebabkan kelahiran pra matang

BAYI/INFANT
# Lahir - 6 bulan : 210mg/hari
# 6 bulan - 1 tahun : 270mg/hari
# Kes khas : bayi yang menyusu susu formula memerlukan kalsium yang lebih tinggi daripada bayi yang menyusu ibu

- Jika keperluan kalsium amat rendah pada bayi, kemungkinan besar mereka akan mendapat penyakit riket (tulang rapuh/tulang lembut)
- Pengambilan kalsium yang cukup membantu pembangunan jisim tulang ke tahap maksimum dan mampu mengelakkan kejadian osteoporosis bila dewasa kelak.
- Bagi bayi pra matang, keperluan kalsium adalah lebih tinggi daripada keperluan biasa untuk memastikan kekuatan tulang adalah terjamin.

KANAK-KANAK & REMAJA
# 1-3 tahun : 500mg/hari 
# 4-8 tahun : 800mg/hari
# 9-18 tahun : 1,300mg/hari

- Semakin meningkat usia, semakin banyak kalsium yang diperlukan oleh tubuh. Ianya kerana pertumbuhan yang sentiasa berkembang untuk memastikan kesihatan tulang adalah sihat dan kuat. 
- Tetapi, agak sukar untuk remaja untuk mendapatkan kalsium yang cukup untuk tubuh setiap hari. ada 2 faktor utama penyebab yang membawa kepada permasalahan tersebut. Permasalahan ni akan menyebabkan kalsium kurang mengerap di dalam tubuh.

1. Pemakanan
> Gemar mengambil minuman soda/berkafein daripada susu kaya kalsium. 
> Kurang mengamalkan diet yang seimbang

2. Persekitaran
> Mengamalkan pengambilan alkohol dan merokok

- Remaja terutama perempuan harus mengambil kalsium setiap hari untuk mengelakkan berlakunya osteoporosis di kemudian hari.
- Peningkatan serapan kalsium yang paling tinggi adalah semasa usia akil baligh hingga 3 tahun peningkatan usianya. Pada tempoh tiga tahun ini amat penting jika remaja berkenaaan ingin menambahkan ketinggian dari seblumnya.



Cuba tgk carta diatas, perhatikan graf yang naik tu, pembinaan tulang amat pesat dari awal kelahiran sehingga sekitar 28 tahun.  Masa tu la, kalau nak lebih tinggi lampai kena pulun makan kalsium. Nak jadi model ke, yang masa kecik kemetot teringin nak jadi tinggi ke, nak jadi pemain bola keranjang ke. Sila la ambil kalsium setiap hari secukupnya.

DEWASA/WARGA TUA
Wanita : 1300mg/hari
lelaki : 1000mg/hari

- Jumlah pengambilan kalsium tidak meningkat apabila penambahan usia kerana pada masa ini hanya diperlukan untuk mengelakkan kemerosotan kesihatan tulang.
- Jika kandungan kalsium tidak mencukupi, kalsium akan diambil dari jisim tulang. Jika 
- Cuba bagi wanita yang hamil dan menyusukan anak sahaja kuantiti kalsium harus ditambah mengikut keperluan.

FAKTOR PENYEBAB KURANG PENYERAPAN KALSIUM
- diet tinggi garam 
- Minuman berkefain 
- Pengambilan alkohol yang berlebihan 
- Terlampau kurus (berat tidak seimbang) 
- pengambilan makanan yang tinggi serat (lebih daripada 50 g setiap hari)
- Kurang bersenam
- Kekurangan vitamin D
- Merokok.

TAHU TAK?
kalsium ni bukan hanya untuk kekuatan tulang dan gigi sahaja. Ada juga tugas yang lain. 
- Mengawal selia fungsi otot, seperti pengecutan otot
- Mengawal selia fungsi jantung
- Pembekuan darah
- Penghantaran mesej sistem saraf
- Fungsi enzim.


sms/wassup : taip OSTEMATRIX ke 017 8355030
atau
pembelian terus secara on9 (kad debit/mastercard diperlukan)
klik link ini : 
http://bitly.com/kalsium_ostematrix

Jika anda tercari-cari suppliment kalsium yang terbaik, OSTEMATRIX Shaklee adalah jawapannya. Ia kerana kandungan kalsiumnya adalah mudah diserap oleh tubuh berbanding produk lain di pasaran.



Kelebihan ostematrix yang tidak ada dalam jenama kalsium yang lain. Shaklee selalu memastikan setiap produknya keluarannya mempunyai nilai tambah yang tidak mampu diberi oleh produk lain. Nilai tambah ini yang menyebabkan ostematrix digelar bukan sekadar kalsium biasa. 



Ujian klinikal yang telah dilakukan menunjukkan keberkesanan penyerapan kalsium dalam jisim tulang. Ostematrix Shaklee mampu bertahan selama 12 jam di dalam darah dan tahap penyerapan tertinggi adalah selepas 4 jam pengambilan.


Sumber :  http://kidshealth.org/
http://www.betterhealth.vic.gov.au/

Selasa, 2 Jun 2015

OSTEMATRIX

sms/wassup : taip OSTE ke 017 8355030
atau
pembelian terus secara on9 (kad debit/mastercard diperlukan)
klik link ini : http://bitly.com/kalsium_ostematrix

Tulang merupakan struktur penting di dalam tubuh manusia.  Ia merupakan kerangka yang menyokong berat badan dan organ utama seperti paru-paru, jantung, hati dan ginjal serta membolehkan kita menggerakkan otot-otot dan tubuh secara bebas.  Mengekalkan kesihatan tulang secara optima adalah penting bagi mendapatkan kesihatan optima menyeluruh.


LEBIH DARI SEKADAR KALSIUM

OsteMatrixTM membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam
pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi.  Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.  Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.

OSTEMATRIX


- 1000mg (100%) pengambilan harian unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semulajadi

- 400mg (100% pengambilan harian) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya
- 400IU (100% pengambilan harian) vitamin D untuk merangsang pengerapan kalsium

** Pengambilan secara konsisten dengan diet yang seimbang, dapat mengurangkan osteoporosis


MANFAAT UTAMA


- Membina tulang dan mengekalkan tulang yang sihat

- Membantu megekalkan tekanan darah yang normal
- Membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf
- Membantu mengurangkan simptom senggugut/kekejangan dan kemurungan
- Membantu mengatasi tekanan/stres
- Kualiti tidur yang lebih baik

Artikel menarik
1. Nak tinggi kena cukup kalsium
2. Bahaya berjaga malam

*************************

TESTIMONI

KAKI TAK CRAMP & MUDAH LAWAS SETIAP HARI


* Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Ahad, 31 Mei 2015

SHAKLEE EFFECT - OSTEMATRIX

Alhamdulillah
bertemu lagi kita di ruangan testimoni :)
testimoni pasal SEMBELIT pulak
hihihi

Kali ni khas untuk OSTEMATRIX
atau nama lainnya KALSIUM
ape yang bestnya OSTEMATRIX ni?

Banyak produk ade mengandungi kalsium
susu or keju
pisang or bijirin


tapi nape saya suka sangat amik OSTEMATRIX?
Kenapa harus pilih suppliment shaklee jugak
Haa ...

1st ... saya memang pengamal tegar kalsium sejak saya belasan tahun lagi

mak selalu pesan ...
minum susu tu nda, masa mak mengandung kau dulu
mak tak cukup kalsium
jangan sampai dah dapat sakit-sakit badan, baru nak minum susu tu
bebelan mak sampai sekarang

Dulu susu an**** pujaan hati sebab xde choice nak pilih jenama lain. lagi pun, dah tentu tak berduit lagi pada zaman sekolah. So minum je la yang mana mak belikan. Teguk la susu saban hari sampai satu tahap memang xleh nak telan dah. Dah tepu. Dah loya rasa kat tekak ni nak telan susu. So .. solution, tambah milo bagi ada perisa. Boleh la telan pada mulanya, pastu tak mau masuk dah.

Start dari situ, beli pulak jenis kapsul/tablet. Mudah la ckit nak telankan. teguk je dengan air. Selesai.  Dari satu jenama ke satu jenama saya try tapi ... entah. takde plak rasa apa-apa pun dok pulun makan kalsium. Bila time sukan, kaki lenguh jugak tak baik-baik. bila jalan nak gi dan balik kuliah, penatnya kaki ni. huhuhu

................................

Nak di jadikan cerita
saya kenal Shaklee
masa tu saya tengah menyusukan anak ke-2
masa anak baru dalam 3-4 bulan

saya start ambil OSTEMATRIX pun agak lambat masa tu
anak dah masuk setahun lebih baru terasa nak ambil
tak terfikir nak cuba awal-awal kan
ermm ...

1 botol tahan sebulan
1 hari telan 4 biji
hui .. cam banyak je nak kena makan
pastu ade pulak aturan nak makan
ade pulak pantang larangnya

So .. untuk permulaan, saya telan 2 biji je sehari
jimat ckit kan
leh la tahan 2 bulan / botol kan
hihihi
...................................

Terkejut dalam masa yang sama teruja
sebab rasa lain benar la OSTEMATRIX ni
Haish ... bio betui?
Benar-benar rasa 'something'
Bukan saya je rasa camtu, 
anak yang tengah menyusu pun kena tempias sekali

Syukur Alhamdulillah yang amat
dipertemukan dengan OSTEMATRIX ni

..................................

Anda nak tahu KELAINAN OSTEMATRIX ni?


Mula-mula 2-3 hari makan tu
tak nampak perbezaannya

Lepas tu ...
Paling ketara sekali
Paling teruja sekali
wow .. makan 2 biji malam tu

hihihi .. pagi esok
sebelum subuh
perut dah start memulas-mulas
nak ter .. terbe
hahaha
lawas sungguh la pulak

sebelum ni ..
saya memang terkenal dengan sembelit
kadang-kadang seminggu baru boleh dapat melepas
seksa

Pagi esok pun lawas jugak
Pagi lusa .. eh sama jugak
alhamdulillah syukur sangat-sangat

yang paling seronoknya
anak pun LAWAS jugak
Walaupun bukan dapat membuang hari-hari
sekurang-kurangnya dah tak payah masukkan ubat kt buntut anak
Lega .. alhamdulillah

Akhirnya
dapat juga jawapan pada masalah sembelit anak
Akhirnya
Dapat juga 'sesuatu' yang boleh membantu diri sendiri dan anak dalam masa yang sama

..........................

Sampai saat ini,
memang saya tak tinggal OSTEMATRIX Shaklee ni
WAJIB dan sentiasa ada bersama-sama

Tq Allah ..
buat saya terbuka hati untuk mencuba OSTEMATRIX



sms/wassup : taip OSTEMATRIX ke 017 8355030

atau

pembelian terus secara on9 (kad debit/mastercard diperlukan)

klik link di bawah



* Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.